PERHATIAN
- Bagi Skim Pencen, tempoh pembiayaan tidak melebihi 35 tahun atau tidak melebihi umur 90 tahun yang mana terdahulu.
- Bagi Skim KWSP, tempoh pembiayaan terhad kepada umur tamat perkhidmatan atau 35 tahun yang mana terdahulu.
- Tempoh maksimum pembiayaan tertakluk kepada pembiayaan kali pertama atau pembiayaan kali kedua.
- Pengiraan anggaran kelayakan ini tidak terpakai kepada kumpulan berikut:
- Anggota pentadbiran persekutuan - Kelayakan tertakluk kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980;
- Anggota pentadbiran Negeri dan ahli Dewan Undangan Negeri - kelayakan tertakluk kepada keputusan Jemaah Menteri dari masa ke semasa; dan
- Hakim Mahkamah Persekutuan / Rayuan / Tinggi - kelayakan tertakluk kepada Akta Saraan Hakim 1971.
Pemohon bagi kategori di atas perlu menghubungi LPPSA bagi mendapatkan pengiraan anggaran kelayakan.
- Kalkulator ini hanya boleh diguna pakai untuk:
- Pengiraan kelayakan Pinjaman Pertama;
- Pengiraan kelayakan Pinjaman Kedua (selesai Pinjaman Pertama) dan
- Untuk jenis 1, 2, 3 dan 5 (penyelesaian hutang dengan Bank/Institusi kewangan) sahaja.