1. Istilah

    Istilah "Lembaga" hendaklah merujuk kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

    Istilah "Aplikasi Peranti Mudah Alih" hendaklah merujuk kepada "Loan Management System (LMS) Mobile Application by LPPSA".

    Istilah "Anda" hendaklah merujuk kepada pengguna Aplikasi Peranti Mudah Alih ini.

    Istilah "Maklumat" hendaklah merujuk kepada Maklumat Permohonan Pembiayaan/Pinjaman, Status Pembiayaan/Pinjaman, Baki Pembiayaan/Pinjaman, Status dan Jumlah Bayaran Balik Pembiayaan/Pinjaman, Status dan Jumlah Pengeluaran Pembiayaan/Pinjaman, Makluman berkenaan Pembiayaan/Pinjaman LPPSA dan/atau apa-apa perihal berkaitan Pembiayaan/Pinjaman LPPSA.

    Istilah "Perkhidmatan" hendaklah merujuk kepada perkhidmatan mengakses dan menyemak transaksi dalam Loan Management System (LMS) melalui Aplikasi Peranti Mudah Alih ini.

    Akses Anda ke Aplikasi Peranti Mudah Alih ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat di sini.

    1. Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat di dalam Aplikasi Peranti Mudah Alih ini setiap kali Anda mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di dalam Aplikasi Peranti Mudah Alih ini.
    2. Walau apa pun dan tanpa menyentuh maksud umum klausa-klausa di dalam Terma dan Syarat ini, Anda dengan ini bersetuju bahawa akses kepada Aplikasi Peranti Mudah Alih ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah atas risiko Anda sendiri dan Anda, tanpa syarat, bersetuju sepenuhnya akan menanggung semua risiko, bersampingan dengan atau berbangkit daripada Aplikasi Peranti Mudah Alih ini dan Perkhidmatan di dalamnya. Jika pada bila-bila masa Anda tidak bersetuju dengan mana-mana atau semua Terma dan Syarat ini, sila tamatkan semua akses Anda kepada Aplikasi Peranti Mudah Alih ini dan/atau penggunaan Perkhidmatan.
    3. Terma dan Syarat ini adalah hendak terpakai tanpa had atau pengecualian kepada semua ke Aplikasi Peranti Mudah Alih ini tau sebahagian darinya, sama ada melalui internet, telefon bimbit dan/atau alatan elektronik perantaraan dan/atau penggunaan Isi Kandungan dan/atau perkhidmatan.
    4. Anda bersetuju dan mengambil maklum bahawa ciri-ciri dan fungsi Perkhidmatan adalah berbeza diantara Aplikasi Peranti Mudah Alih ini dan sebahagian Perkhidmatan mungkin atau mungkin tidak terdapat di Aplikasi Peranti Mudah Alih ini, Terma dan Syarat ini adalah hendak terpakai tanpa had atau pengecualian kepada Aplikasi Peranti Mudah Alih ini dan mungkin akan disedia adakan pada masa hadapan tertakluk kepada budibicara Lembaga.
    5. Anda hendaklah memastikan bahawa akses dan/penggunaan Perkhidmatan adalah melalui Aplikasi Peranti Mudah Alih yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
  2. Peraturan Penggunaan

    Anda bersetuju dan mengakur janji untuk TIDAK menggunakan Aplikasi Peranti Mudah Alih ini, Isi Kandungan dan Perkhidmatan yang terkandung di dalamnya untuk tujuan yang mungkin termasuklah menyalahi hak-hak atau menyekat kepenggunaan dan mengikut Aplikasi Peranti Mudah Alih ini, Isi Kandungan dan Perkhidmatan dan ini termasuk:-

    1. Penggunaan bahan terpelihara dari rahsia perdagangan tanpa kebenaran;
    2. Menyamar sebagai seorang individu atau entiti termasuk dan tidak terhad kepada, pegawai Lembaga atau hos atau memberikan gambaran yang salah tentang hubungan Anda dengan individu atau entiti;
    3. Akses atau penggunaan data tanpa kebenaran, sistem atau rangkaian sistem termasuk sebarang percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau rangkaian sistem;
    4. Mengawasi data atau trafik sebarang sistem atau rangkaian sistem tanpa mempunyai kebenaran yang sah;
    5. Menggunakan atau menyertakan sebarang virus, 'Trojan horses, 'time bombs', 'worms', 'cancelbots' atau sebarang cara seumpamanya yang boleh merosakkan, mengganggu, memintas atau merampas mana-mana sistem; atau mengganggu Perkhidmatan mana-mana pengguna, hos atau rangkaian sistem termasuk dan tidak terhad kepada 'mailbombing', 'flooding', 'broadcast attacks database' atau meletakkan sebarang beban tambahan atau tidak perlu ke atas sistem Lembaga;
    6. Memintas sebarang pengesahan pengguna atau keselamatan sebarang hos, rangkaian sistem atau akaun (pencerobohan atau penggodaman atau percubaan untuk menceroboh atau menggodam); dan
    7. Menjual semula atau menyediakan Aplikasi Peranti Mudah Alih , Isi Kandungannya dan Perkhidmatan atau mana-mana bahagian kepada individu lain atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya.

    Lembaga mempunyai budi bicara mutlak untuk memadam atau meminda Aplikasi Peranti Mudah Alih ini, Isi Kandungan dan Perkhidmatan mengeluarkan atau menolak sebarang perkara yang melanggar Peraturan Penggunaan.

    Lembaga mempunyai hak untuk menyiasat sebarang kebarangkalian penyalahgunaan Peraturan Penggunaan.

  3. Kerahsiaan Maklumat

    1. Dengan mengakses Aplikasi Peranti Mudah Alih ini, Anda mengakui dan bersetuju bahawa Lembaga boleh mengumpul, mengekalkan atau mendedahkan Maklumat Anda atau mana-mana maklumat oleh Anda untuk keberkesanan Perkhidmatan dan Maklumat yang dikumpul, disimpan atau didedahkan hendaklah mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan mana-mana perundangan, undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai dari semasa ke semasa.
    2. Anda bersetuju untuk menerima semua risiko yang berkaitan semasa menggunakan Perkhidmatan di Aplikasi Peranti Mudah Alih ini, dan bersetuju untuk tidak memegang Lembaga bertanggungjawab ke atas sebarang akses yang tidak dibenarkan atau apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat daripadanya.
    3. Anda hendaklah bertanggungjawab bagi kerahsiaan dan penggunaan Kata Laluan Anda dan tidak mendedahkan Kata Laluan Anda kepada sesiapa pada masa bila-bila masa dan di bawah apa jua keadaan sama ada sengaja atau tidak sengaja.
    4. Anda bersetuju untuk mematuhi segala langkah keselamatan berkaitan dengan perlindungan Kata Laluan atau secara amnya berkenaan dengan penggunaan Perkhidmatan ini.
    5. Anda menerima tanggungjawab bahawa dalam apa-apa keadaan di mana Kata Laluan Anda dimaklumkan kepada mana-mana orang lain sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, Anda hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dengan pendedahan, penemuan atau Anda mesti memaklumkan kepada Lembaga dengan segera.
  4. Pautan

    1. Terdapat sebahagian pautan dari atau ke mana-mana laman web di luar Aplikasi Peranti Mudah Alih ini adalah bertujuan untuk kemudahan sahaja. Pautan laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga yang mana adalah di luar kawalan Lembaga. Lembaga tidak akan bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap kandungan laman-laman web tersebut, pihak ketiga yang dinamakan dalamnya atau produk dan perkhidmatan mereka.
    2. Pautan yang disediakan di dalam Aplikasi Peranti Mudah Alih ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan atau verifikasi atau kelulusan laman-laman web tersebut atau kandungan di dalamnya oleh Lembaga. Pautan ke laman web lain adalah atas risiko Anda sendiri dan Lembaga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan berkaitan dengan pautan.
  5. Maklumat dan Penafian

    1. Segala maklumat yang dipaparkan di Aplikasi Peranti Mudah Alih ini adalah tertakluk kepada perubahan dan tidak boleh dianggap muktamad melainkan ianya disahkan secara bertulis daripada pihak Lembaga;
    2. Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat yang terkandung di dalam Aplikasi Peranti Mudah Alih ini, tiada waranti, secara nyata atau tersirat diberikan oleh Lembaga tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi;
    3. Lembaga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari Aplikasi Peranti Mudah Alih ini;
    4. Lembaga tidak boleh sama sekali dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua ganti rugi, termasuk tanpa batasan, ganti rugi khas, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung di dalam Aplikasi Peranti Mudah Alih ini.
  6. Representasi dan Waranti

    Anda mengakui bahawa muat turun dan/atau penggunaan Aplikasi Peranti Mudah Alih adalah atas risiko Anda sendiri dan muat turun dan/atau penggunaan Aplikasi Peranti adalah setiap masa tertakluk kepada terma tambahan seperti berikut:

    1. Anda tidak boleh menggunakan Peranti Mudah Alih bagi tujuan selain dari untuk tujuan Perkhidmatan dan/atau bagi tujuan sepertimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa;
    2. Anda hendaklah bertanggungjawab ke atas penggunaan Aplikasi Peranti Mudah Alih di dalam Peranti Mudah Alih Anda;
    3. Anda tidak boleh membenarkan atau membolehkan mana-mana individu mengakses Aplikasi Peranti Mudah Alih atau membiarkan Peranti Mudah Alih tanpa pengawasan yang boleh memyebabkan individu mengakses Aplikasi Peranti Mudah Alih;
    4. Anda tidak boleh membuat semula, menyusun semula, kejuruteraan berbalik dan cuba untuk mendapatkan source code, mengubahsuai, membuat kerja terbitan Aplikasi Peranti Mudah Alih, pengemaskinian perisian atau mana-mana bahagian ke atas Aplikasi Peranti Mudah Alih berkenaan.
    5. Anda tidak boleh menggunakan Aplikasi Peranti Mudah Alih bagi tujuan yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang, akta, peraturan atau undang-undang kecil bagi mana-mana bidang kuasa berkenaan;
    6. Anda hendaklah memuat turun Aplikasi Peranti Mudah Alih dari Apple App Store, Google Play Store atau aplikasi yang dibenarkan oleh Lembaga.
    7. Anda tidak boleh memasang atau menggunakan Aplikasi Peranti Mudah Alih pada jail-broken atau rooted device yang boleh menjejaskan ciri-ciri keselamatan Peranti Mudah Alih.
    8. Anda bersetuju bahawa Lembaga berhak untuk mengemaskini, meminda dan/atau mengubah mana-mana bahagian Aplikasi Peranti Mudah Alih pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab tanpa notifikasi kepada Anda.
    9. Anda bersetuju bahawa Lembaga tidak akan bertanggungjawap terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan untung, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif, teladan atau khas yang timbul dari kerosakan atau pencemaran atau kegagalan Aplikasi Peranti Mudah Alih, perkakasan atau perisian yang digunakan berkaitan dengan Aplikasi Peranti Mudah Alih.